Wednesday, October 21, 2009

DeMaM PengAuDiTan

kelakar betul yerk.... naper ntah bila sebut AUDIT semua orang kecut perut..hehehe
kata orang, padahal aku pun cuak gak naseb baik sem ni aku xkene audit.. almaklumlah masuk kerja balik tengah2 semester...
yang kelakarnya macam2 ragam manusia bleh tengok, bila time audit... ader yang off phone, ader yang mc, ader yang lari... hahaha.. mcm2 hal lah..

tapi aku pun xnak cakap lebih2 kang kalo turn aku pun aku wat cam tu gak.. termalu sendiri la plak.. hahaha

Monday, October 5, 2009

Apa AkaN JadI PadA HarI EsOK...

Ya ALLAH.... aku redha dengan setiap ketentuan dari mu... andai takdir baik untukku akan ku bersyukur kepadamu.... andai tertulis duka untukku aku redha dan pasrah.

disebalik kegembiraan yang diberikan mestikah terselit kedukaan??? semua itu bukan kita yang tentukan. semuanya telah tertulis di azali lagi....

Penerimaan orang terhadap ketentuan ini, berbeza-beza..... ada yang menganggap kedukaan dan dugaan yang mendatang sebagai penghalang dan punca kemurungan hidup dan ada pulak yang sebaliknya. pada aku dugaan dari ILAHI adalah salah satu peringatan kepada kita supaya tidak alfa dan leka hingga lupa untuk mengingatiNYA tuhan yang maha agung.

ALLAH itu maha adil sekali kita diuji bukan untuk selamanya derita buat kita. mungkin ia merupakan senjata hidup paling berharga untuk menempa kejayaan di hari muka... hari ini setiap yang berada diatas... tanpa kita tahu dan sedari, mereka sebenarnya telah melalui pelbagai onak dan duri sebagai guru yang paling berharga kepada kejayaan mereka.

Pada aku... segala ketentuan dari ILAHI harus diterima dengan Redha, sabar dan memandangnya dari sudut positif... apa akan jadi pada hari esok??? hanya Yang Mha Kuasa mengetahui segalanya.

Wednesday, September 2, 2009

Senerio

Musim alalan aku belum lagi berlalu.... penat sangat baik pagi mahupun petang, gejala loya, pening muntah bagaikan dah sebati ngan aku. naper orang panggil morning sickness??? xsesuai langsung ngan situasi aku. word yang tepat aku rasa anytime sickness.... hahaha... mula la nak memandai2 dengan istilah bahasa inggeris yang direka2...

Erm.... alhan mengandung itu normal, tp aku lagi alah ngan ragam manusia.
Macam-macam ragam... cuba kalo yang macam-macam ragam tu ada pada seorang jer.. huh... haru-biru dunia.

Biar kita kurang rupa janji hati kita baik... biar kita jenis mulut leser... dari berlagak santun, baik dan lemah lembut, padahal penabur fitnah yang terulung. Walau muka cantik xterperi bagai bulan purnama sekali pun... kalo hati busuk, suka bersifat dengki, mengadu domba nak memecah-belahkan kawan-kawan, asyik mencari peluang menabur fitnah, dan segala2nya lagilah yang buruk tersirat dalam hati, dalam jiwa..... lama2 yang cantik itu pun orang xkan pandang. 1st impression.... fuh cantiknyer.... bila dah kenal.... eeiiii orang macam tu xkenal pun xper....

yang busuk dan buruk xselamanya akan terselindung disebalik sifat lemah-lembut dan wajah yang ayu..... bila terbongkar, balasannya.... jadi cam kere sumbang. semua orang akan menjauhkan diri. pada yang xkenal dan tahu memang xkan kenal dan percaya.... bila dah terkena batang hidung sendiri.... erm, barulah tahu kebenaran.

kesian juga bila tengok seseorang yang berhati busuk ni disisihkan.... tetapi bila berani buat onar... pandai2 la tanggung sendiri. itu terjadi pada org yang aku kenali... walau pun umor tu dah cecah 30+ tapi perangai xpenah berubah. suka mereka-reka cerita untuk melihat orang bergaduh... dah lebih 3thn dipulaukan tp xserik2 jugak... ader jer cerita baru yang xsedap didengar pasal perempuan ni.... ooppss xsesuai perkataan perempuan maybe betina kot.... kepada kawan2 yang dah terkena bawak bersabar yer. Kita diakan semoga dia cepat2 dapat hidayah dan insaf atas apa yang telah dibuat... AMIn

Wednesday, August 26, 2009

BoSAn

hari-hari yang membosankan....
datang ofis duduk sajer2. dalam keadaan alahan ni rasa cam nak balik tido jerk....
tp br masuk keje balik kan... kene tunjuk baik lagi la... huhuhu.....
YANG PASTI AKU SANGAT BOSAN... DATANG OFIS TP MELANGUT... HADOI....
alangkah seronoknyer kalo dapat balik balik umah dan tido dengan SELESANYA.

Tuesday, August 25, 2009

KeHAdIRan yg DinaNti..

Balik dr PPK kat Hotel herritage dah rasa xsedap badan.... rasanyer cam "Lekat" jer... tp aku biar jer coz baru terlewat 1 hari.... erm tp rasa cam confident dah....

21 hb 06 2009 p klinik Ar-rizduan...
panik gak masa nak tau result... tp mmgla aku dah bersedia. mana xnya... akif pun dah 3tahun kesian kat die... xder kawan. Cuma aper yang merungsingkan keputusan POSTING yang masih menetapkan aku kat PSIS... huh bengang betul la ngan org2 kat BLK tu... Berkat pertolongan pegawai dari SP Politeknik...alhamdulillah, sekarang sumer dah selesai.... aku pun dah memulakan khidmat sebagai tenaga pengajar balik......

Hasil pemeriksaan doc.... Alhamdullillah +ve. Akif plak tiap2 hari minta nak cium baby... Suka sgt bila dia minta "Mama.. nak cium bby ma" dah tu pandai plak berkomunikasi ngan "ADIK" dia... "Bby ni abang ni... bby chat???" hikhik.... sungguh comel. aku gembira sangat.



Kehidupan Yang tiada nilainya...

Thursday, August 20, 2009

KeAGuNGANMU...

Alhamdulillah.... bersyukur kepada yang yang maha AGUNG... perasaan gembira dan terharu ni kalo bleh nak hebohkan satu dunia...
biar satu dunia tahu.... biar semua orang turut bergembira..
berkat ketentuan ILAHI... aku dapat balik masuk ke sini

alhamdulillah.... semua yang aku xnak alami dah berlalu..
kerisauan tanpa batasan yang ku pendam dah terlepas..
berkat usaha, doa dan kesabaran...
kuasa tuhan mengatasi segalanya...
bukan xmahu posting di sini....
memang seronok.. coz kawan2 mejoriti kat sini..
tp komitmen keluarga kene utamakan..
Bak Kata Tyyzar.... Family First.. hehehe
ALLAH SENTIASA BERSAMA HAMBANYA
ALHAMDULILLAH ATAS SEGALA LIMPAH RAHMAT DAN KURNIANYA

Friday, July 24, 2009

KETENTUAN

sekarang nih hati tgh berbunga-bunga.... tp xb'sedia lagi nak publish kat cni ttg kebahagiaan itu..
tgh risau jugak nih.. kptsn posting kalo msh kene p sbak bernam.. sekarang nih hanya keputusan posting yang menyelarukan kepala aku... rayuan telah dibuat... hanya takdir ILAHI yang dpt menukar kptsan ini... kegembiraan yang aku ketahui ini akan menjadi kesukarn untuk aku harungi nanti... YA ALLAH permudahkan lah semua jalan-jalan yang ader di hadapanku ini.. walau apa pun aku bersyukur dengan segala ketentuan dan anugerahmu...