Ya ALLAH.... aku redha dengan setiap ketentuan dari mu... andai takdir baik untukku akan ku bersyukur kepadamu.... andai tertulis duka untukku aku redha dan pasrah.
disebalik kegembiraan yang diberikan mestikah terselit kedukaan??? semua itu bukan kita yang tentukan. semuanya telah tertulis di azali lagi....
Penerimaan orang terhadap ketentuan ini, berbeza-beza..... ada yang menganggap kedukaan dan dugaan yang mendatang sebagai penghalang dan punca kemurungan hidup dan ada pulak yang sebaliknya. pada aku dugaan dari ILAHI adalah salah satu peringatan kepada kita supaya tidak alfa dan leka hingga lupa untuk mengingatiNYA tuhan yang maha agung.
ALLAH itu maha adil sekali kita diuji bukan untuk selamanya derita buat kita. mungkin ia merupakan senjata hidup paling berharga untuk menempa kejayaan di hari muka... hari ini setiap yang berada diatas... tanpa kita tahu dan sedari, mereka sebenarnya telah melalui pelbagai onak dan duri sebagai guru yang paling berharga kepada kejayaan mereka.
Pada aku... segala ketentuan dari ILAHI harus diterima dengan Redha, sabar dan memandangnya dari sudut positif... apa akan jadi pada hari esok??? hanya Yang Mha Kuasa mengetahui segalanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)









0 comments:
Post a Comment